Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

PULUT DURIAN

Assalamualaikummmmm....

Ada orang tak...?? Kami datang nak makan durian...
musim buah kat kampung hari tu..tunggu tak balik makan..
aku bukan nak tipu k..buah durian yang paling sedap aku makan sekali adalah buah durian pokok kat umah aku..
perh terbaik wa cakap lu..
1 pokok tu ja yang sedap..yang lain sedap gak tapi besa2 ja..
yang ni rasa macam aiskrim, yang pasti the best durian among the best,,hehehe

PULUT DURIAN:




Resepi: LAKSA KEDAH


ASSALAMUALAIKUM =)

Menu kita pada minggu ini adalah LAKSA KEDAH...muahaha
mesti ramai yang suka kan laksa ni tapi tak tau macam mana nak buat??
mai cek nak ceqhita kat hangpa macam na nak buat laksa ni..

BAHAN-BAHAN:

1.Ikan Kembung/sardin or apa2 ikan jala- 1kg 
2. cili kering- 22-25 biji (kalau suka pedas tambah la) *kisar
3. bawang besaq- 4 biji *kisar
4. bawang merah- 2 biji *kisar
5. belacan - secukup yang nak (tak mau buh pon xpa) *kisar
6. daun kesum - buh agak2 la
7. bunga kantan - 2 or 3 batang
8. asam keping - 4 untk rebus ikan
                          4 untuk kuah laksa
                          *kalau xberapa nak rasa tambah la or kurangkan =)
9. garam besar secukup rasa

CILI KERING
DAUN KESUM 

TULANG IKAN *KISAR &TAPIS

AIR REBUSAN IKAN

CARA-CARA MEMASAK:

  1. Rebus ikan bersama dengan asam keping dan jugak garam.
  2. Asingkan ikan dengan air rebusan ikan. Air rebusan ikan digunakan untuk membuat kuah.
  3. Kopek isi ikan dan blenderkan isi tersebut. Tapi jangan terlalu lama nanti xummm
  4. Blenderkan tulang ikan dan tapis untuk mendapatkan air dia..Hati-hati takut ada tulang termasuk. Step ni boleh repeat banyak kali. Depends la..Agak2 eh kang x ummm pulak.
  5. Blenderkan bahan-bahan *kisar tadi. Masukkan ke dalam air rebusan ikan. makesure masa ni dah atas api.
  6. When bahan-bahan *kisar tadi dah mendidih, masukkan isi ikan dan juga hasil dari tapisan tulang ikan tadi.
  7. Masukkan juga daun kesum,bunga kantan,asam keping dan juga garam secukup rasa.
  8. Biarkan mendidih. Tapi tengok-tengok juga kang melimpah ruah pulak.
  9. Rasa dulu. tak cukup masin or asam tambah.
  10. Tutup api.
  11. kuah siap untuk dimakan.
Eh2 jangan kuah ja..rebus la laksa tu sambil..heeeeeeeee

Kalau rasa periuk tu besaq jangan wat 1kg ja satg tak pekat.

P/S: sebenarnya xsuka sangat letak bunga kantan.. 

KUAH LAKSA SIAP =)


jom makan..

SELAMAT MENCUBA K.





JAGUNG + KELAPA PARUT


Assalamualaikum n salam sejahtera…
Huhu lama giler x update blog ni..dah berswg kot..ok kali ni aku nak update tntang makanan..huhu
Teringat masa balik kg hari 2 tok wan ada kol aku suh g rumah dia rebus jagung,so aku dah agak mesti tok wan nak suh wat jagung ngan nyok ni..
Ok siyes aku cakap jagung ni agy sedap dari jagung yg hgpa dok beli kat kedai 2…
Bahan2 yg digunakan ialah:
  • 1       Jagung
  • 2       Nyok aka kelapa parut
  • 3      Garam semasin rasa
  • 4     Gula semanis rasa

Cara untuk masak dia simple sgt..
  •  1st sekali mstilah kna rebus dulu jgung 2 sampai masak
  • 2       Jagung yg masak td hendaklah di hiris2 dari batang dia.
  • 3       Nyok td kita mesin amek isi dia taw.
  • 4       Then campur gula n garam secukup rasa dalam nyok td n gaulkan.
  • Ikot hgpa la nak masin n manis mcm mna.ikot sedap mulut k.
  • 5       Nyok yg dah digaul ngan gula n garam td kita gaulkan sekali ngan jagung yg dihiris td.

Ok dah siap untuk dimakan..agy sedap mkan sambil tgk tv..
Selamat mencuba =)

MASAK MAGGI DENGAN CARA YG BETUL..


sedapnyaaaa....
assalamualaikum wbt. ,salam sejahtera,salam 1 Malaysia,salam melaka negeri bandar teknologi hijau..=)

ok kali ni cik yah nak cakap pasal maggi.sebab apa maggi??haaa meh ni cheq nak bgtaw kat hgpa..
salu kita dok masak mcm ni kan..

1.biarkan air mendidih dan masukkan maggi + perencah untuk menjadikan sup 2 sedop.
2.tambah teloq ka pastu maggi masak agkat letak lam mangkuk
3.makan...

ok tok pengetahuan agpa ni adalah salah n merbahaya...cara2 yang betul adalah seperti berikut:

1.didihkan air..
2.masukkan maggi.
3.maggi dah masak.TAPI kita tutup api,tuangkan air tersebut terlebih dahulu.
4.didihkan air baru sehingga betul2 mendidih
5.masukkan maggi td n tutup api.
5.bila dah tutupkan api baru masukkan perencah n maggi yg dah dimasak td yer kawan2
6.makan.

ini adalah cara yang betul kerana menurut sumber2 tertentu:

Dengan cara ini, apabila air benar-benar mendidih dan tros msukkan perencah, yang mempunyai MSG, ia akan mengubah struktur molekul MSG menyebabkan ia menjadi toksik.

Perkara lain yang anda mungkin atau mungkin tidak sedar bahawa, mi disalut dengan lilin dan ia akan mengambil masa kira-kira 4-5 hari untuk badan untuk mengeluarkan lilin selepas anda telah mengambil mi.

so berhati2 n kurangkan la yer mkan maggi 2 yer..=)