6 Thinking Hats adalah salah satu topik yang aku belajar di dalam kelas Critical
and Creative Thinking semester 2.
Topik ini
sangat menarik kerana ia menyentuh tentang cara pemikiran manusia untuk di
aplikasikan di dalam bidang pengurusan dan juga penyelesaian masalah harian.
terima kasih kepada lecturer aku kerana mengajar topik ini dengan assignment video yang best..
pstttt: tak leh nak letak video tu sebab cari xjumpa...huhu
Semoga
beroleh manfaat!
1. Topi
Hijau ( Green Hat )
- Topi hijau melambangkan pemikiran yang kreatif.
- Warna hijau melambangkan otak yang subur
dengan idea-idea.
- Top hijau digunakan bagi mencari idea-idea
alternatif berdasarkan maklumat yang ada.
- Topi hijau digunakan pada waktu mula-mula
berfkir.
- Situasi yang paling penting bagi menggunakan
topi hijau ialah ketika ingin menyelesaikan masalah.
2. Topi Kuning ( Yellow Hat )
- Topi kuning melambangkan pemikiran yang
konstrukktif.
- Warna kuning melambangkan kecerahan yang
bermakna positif.
- Topi kuning digunakan bagi mencari
segala faedah daripada sebarang idea alternatif yang dikeluarkan oleh topi
hijau.
- Situasi yang paling baik bagi menggunakan topi
kuning ialah apabila mendapati idea-idea yang banyak kelemahan .
3. Topi Putih ( White Hat )
- Topi putih melambangkan pemikiran objektif.
- Warna putih melambangkan kebersihan yag
bermakna tiada prejudis.
- Topi putih digunakan untuk mencari fakta ,
angka dan maklumat semata-mata.
- Topi putih dipakai sebelum membuat sebarang
keputusan memilih alternatif.
4. Topi
Hitam ( Black Hat )
- Topi hitam melambangkan pemikiran yang
kritikal dan negatif.
- Warna hitam melambangkan kegelapan yang
bermaka tiada harapan.
- Topi hitam digunakan untuk mencari segala yang
salah , sukar , berisiko dan berbahaya.
- Topi hitam berguna untuk menghasilkan
rancangan kecemasan dan keselamatan.
- Topi hitam dipakai sebelum membuat sebarang
tindakan dengan memikirkan segala kebuurukan dan kerugian yang akan
dialami.
5. Topi
Merah ( Red Hat )
- Topi merah melambangkan pemikiran yang
emosional.
- Warna merah melambangkan perasaan yang ghairah.
- Topi merah membenarkan pemikiran emosi dan
intuisi sewaktu berfikir.
- Masa yang paling sesuai memakai topi ini ialah
selepas mengambil kira semua fakta yang ada.
6. Topi Biru ( Blue Hat )
- Topi biru melambangkan pemikiran untuk
mengawal dan menguasai.
- Warna biru melambangkan langit yang bermakna
paling atas.
- Topi biru mengawasi topi-topi lain bekerja.
- Orang yang paling sesuai untuk memakai topi ini ialah sesorang yang menjadi ketua.
Gambar GOOGLE...hehe |
OK....anda rasa anda patut pakai topi apa eh???kita boleh pakai macam2 jenis topi mengikut situasi yang sesuai...
http://hazirahc.blogspot.com/2012/12/siapa-nak-request-cursor-or-header-free.html . Donee siap header awk
ReplyDeletewah..makasih...comel2...suka sgt..hehe
Deleteaku nak topi kelabu...ada x????
ReplyDeletexdak la raziman...sowei..ni jer yg ada...
Delete