MOHON BANTUAN ANDA..

ASSALAMUALAIKUM BLOGGERS SEKALIAN.....

Untuk makluman semua, dalam lingkungan jam 10.30mlm (6 Januari 2013) sebuah kemalangan jalanraya telah berlaku di kawasan sekitar Masjid Tanah yang melibatkan empat orang pelajar muslimah daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) .

Mereka yang terlibat adalah saudari Tasnim bt Kamardin @ Kamaruddin, Wan Norsolehah bt Gaberan, Azizue Hasnie bt Abd Zubair dan Siti Hajar bt Ahmad Sabir. Mereka merupakan pelajar tahun 1 yang kini sedang sama-sama menghadapi final exam. Walaupun mereka semua selamat, namun salah seorang daripada mereka mengalami kecederaan yang agak parah iaitu saudari Hajar.

Menurut pakar, beliau mengalami keretakan di bahagian tulang belakang, tisu saraf tunjangnya koyak dan kedua-dua kaki beliau patah di mana keberangkalian untuk lumpuh adalah sebanyak 90%. Kini beliau sedang ditempatkan di ICU Hospital Besar Melaka dan masih menunggu masa untuk menjalani pembedahan.

Perbelanjaan bagi pembedahan dijangka RM 20k kerana untuk memasukkan besi di bahagian tengkuk sahaja doktor menjangkakan memakan hampir RM12k dan ini tidak termasuk kos pembedahan keseluruhan dan besi untuk kaki beliau lagi.

Oleh itu, dengan rendah hatinya kami memohon bantuan doa, solat hajat dan kewangan daripada anda sekalian bagi sama-sama membantu meringankan beban keluarga ini kerana mereka sememangnya amat mengharapkan ia daripada kita semua. Bagi sahabat-sahabat yang sudi menghulurkan bantuan, di sini disertakan nombor akaun waris saudari Hajar untuk memudahkan urusan sumbangan kewangan dilakukan.

Maybank: 154101189392 (atas nama Noraini bt Che Mat-Bonda Siti Hajar)
No H/P: 013 6919366

ATAU:

~Bagi yg tinggal Melaka, boleh salurkan bantuan kpd ahli2 BADAR UTeM
~Bagi yg tinggal luar Melaka, boleh salurkan bantuan melalui Maybank [154110136199]
~Selepas bnk in, tolong pm Rahmat Bahan atau msg ke num 0145569769 (RAHMAT BAHAN - Exco Diploma Badar)

Semoga usaha kita dalam membantu meringankan beban saudara yang lain akan diberkati oleh Allah.
Terbitkan rasa ehsan dari sanubari, jelmakan keprihatinan dengan memberi.

No comments:

Post a Comment