Pusat Persatuan Pelajar
Masa ni aktiviti tak ada..cuma talk ja..
1st talk adalah mengenai stress..
2nd lak buat relaxation therapy..
seriously sepanjang 3 jam program ni berlangsung aku tak mengantuk langsung..haha nampak sangat la program ni best even at this time hanya talk je kan.. Rugi wa cakap sama lu tak join program ni..haha
yang aku paling suka relaxation therapy..perh memang best la..relax habis kot..huhu
APA ITU STRESS???
BAIK KE BURUK STRESS NI???
Stress ialah gangguan emosi, proses pemikiran dan keadaan fizikal seseorang. Tindak balas terhadap sesuatu perkara yang menyebabkan seseorang berasa takut, gelisah atau terancam apabila menerima sesuatu yang luar dari kebiasaan atau kemampuan.
Stress ni baik ke buruk sebenarnya?? stress ni baik dan jugak buruk..
Baiknya stress ni adalah kerana bila terjadinya stress ni kita akan cuba menjadi lebih baik dan cuba mengubah keadaan diri kita..sesetengh pihak mengatakan yang stress ni dapat meningkatkan tenaga, motivasi dan perubahan yang lebih baik..
Keburukan stress bnyak sangat..malas dah nak taip ni..huhu korang pon mukin tahu..tak tahu tanya eh..
Apakah Tanda-Tanda / Gejala Umum Stress ?
Manifestasinya adalah berbagai-bagai dan ia boleh dikategorikan kepada empat bahagian :
Fizikal : Keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan terutamanya di kawasan bahu dan belakang, degupan jantung yang kuat, sakit dada, meloya, ketar badan, sejuk tangan dan berpeluh,sakit perut,kering mulut.
Mental : Hilang tumpuan, mudah lupa, susah untuk membuat keputusan, tidak boleh berfikir, celaru pemikiran dan tidak boleh berjenaka.
Emosi : Risau, sentiasa bimbang, sugul, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif, mudah hilang sabar dan panas baran.
Perangai : Keluh-kesah, lahir tabiat seperti menggigit kuku dan menggedik-gedikkan kaki, makan yang berlebihan, merokok, minum arak, menjerit-jerit, maki hamun, mengungkit-ungkit dan menyalahkan orang lain serta bertindak agresif.
No comments:
Post a Comment