Di dalam Al-Quran dan hadis telah diceritakan bagaimana di
akhir zaman iaitu sewaktu hari kiamat hampir tiba, umat Islam ditindas
habis-habisan oleh Yahudi laknatullah. Tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal
akan berperang dengan umat Islam walaupun pada ketika itu orang-orang Islam
terlalu lemah untuk berperang.
Namun selepas sekian lama umat Islam ditindas, akhirnya umat
Islam akan bangun dengan kekuatan yang ada dan diceritakan dalam peperangan
tersebut, umat Islam dapat menewaskan dan membunuh kaum Yahudi.
Pada ketika itu, umat Islam akan menentang Yahudi laknatullah
secara besar-besaran. Orang-orang Yahudi ini akan berselindung di sebalik
pokok-pokok dan batuan kerana takut akan dibunuh oleh umat Islam. Dengan kuasa
Allah سبحانه وتعالى, pokok-pokok dan
batuan akan segera memberitahu umat Islam bahawa terdapat Yahudi laknatullah
yang sedang menyorok di belakangnya, tetapi sejenis pokok yang bernama ‘Gharqad’ atau ‘Pokok
Yahudi’ iaitu sejenis pokok yang berduri bertindak sebaliknya.
Rasulullah ﷺ
bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim
dan al-Tarmizi:
لا
تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون اليهود, فيقتلهم المسلمون حتى يختبئ اليهودي من وراء الحجر والشجر, فيقول الحجر أو الشجر: يا مسلم, يا عبد الله, هذا يهودي خلفي, فتعال فاقتله .. إلا الغرقد, فإنه من شجر اليهود
“Tidak akan berlaku qiamat sehinggalah orang-orang
Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi
dan mereka akan bersembunyi di sebalik batu-batu dan pokok. (Ketika itu) Batu
dan pokok akan akan bersuara ‘Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku
ini ada Yahudi, marilah bunuhnya.’ Kecuali Pokok Gharqad (diam tidak bersuara),
kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi.”
Jika dilihat daripada hadis di atas, kaum Yahudi akan
berselindung di sebalik segala batuan dan pokok untuk menyelamatkan diri.
Dengan izin Allah سبحانه
وتعالى, pokok
dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang orang Yahudi yang berlindung di
sebalik mereka, pokok Gharqad akan tetap berdiam diri dan bersekongkol dengan
Yahudi serta tidak akan sama sekali memberitahu umat Islam jika orang-orang
Yahudi bersembunyi di belakangnya.
No comments:
Post a Comment